Gaulkan ikan bersama garam dan kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis iaitu lada kering, bawang putih, halia, cili padi dan serai sehingga kekuningan.
Masukkan bahan sos iaitu SOS MASAM MANIS BUMI HIJAU, SOS TIRAM BUMI HIJAU dan SOS MAKANAN LAUT BUMI HIJAU. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan bawang besar, tomato dan nenas.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup dan hiaskan dengan lada merah. Sedia untuk dihidangkan.